Rabu, 11 Februari 2009

Perlumbaan Kereta


Permainan perlumbaan GT ini adalah antara yang tercantik. Permainan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta berkuasa tinggi dan eksotik. GTR Evolution telah memuatkan litar terulung di Eropah iaitu litar Nürburgring Nordschleife di Jerman dengan jarak kira-kira 20.8 km panjang.

Dalam GTR Evolution terdapat versi penuh RACE 07 – permainan rasmi WTCC 2006 dan 2007 yang memuatkan segala litar dan kereta yang digunakan dalam permainan itu. Lebih 49 kereta yang unik dalam 12 kelas kereta dengan 500 variasi pilihan. Terdapat juga kereta touring, kereta GT, kereta Formula dan kereta lumba. Ada 19 litar dengan 40 rekaletak berbeza dari litar di Macau sehingga Monza atau Karussell.

GTR Evolution juga menyediakan 5 kelas baru kereta dengan 30 model kereta terkini untuk anda berlumba. Manakala dalam kelas GT anda boleh gunakan kereta-kereta seperti Corvette C6R, Aston Martin DBR9, BMW M3 GTR, Koenigsegg CCGT dan Spyker GT2R. Yang paling menarik adalah kelas kereta WTCC Extreme yang mana ini merupakan kereta-kereta imaginasi yang dibina khas oleh SimBin bersama FIA WTCC untuk GTR Evolution. Perlumbaan semakin hebat dengan kelas Production Car yang menyediakan kereta-kereta seperti Audi R8, Dodge Viper SRT/10, Koenigsegg CCX dan Gumpert Apollo.

Read More......